Tuesday, November 02, 2010

Rukun Islam Ke 5

                                        Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Haj ayat 27
  " Dan serulah manusia untuk menunaik ibadah haji, nescaya mereka akan datang (ke rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis- jenis unta yang kurus dan datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau ) yang jauh "


           1.11.2010 merupakan tarikh yang tidak akan aku lupakan, menyahut panggilan Ilahi sudah menjadi kewajipan sebagai umat Islam. Kedua ibu bapaku iaitu Abd Manaf B Abd Rahman dan Zainun Bt Yusof, ditemani abang kandungku Zaki melangkah pergi dengan hati yang gembira kerana telah diberi peluang oleh Allah S.W.T menunaikan haji pada tahun ini. Walaupun keadaan ayahku yang mempunyai penyakit kronik, namun tidak dijadikan halangan selagi tubuh masih bermaya.




              Biar pun keadaan tidak mengizinkanku bagi menghadiri pada hari itu, aku cuba untuk hadirkan diri pada malam itu kerana niat aku berkorbar-kobar sejak sejak di dalam dewan exam lagi.Untuk pengetahuan, petang isnin itu juga aku ade paper test Fz-nuklear. Nak x nk ak cuba habiskan awal semata-mata mahu ketemu kedua ibubapa tercinta di kelana jaya (tabung haji). Sebak seketika setibanya disana, ramai nya umat islam di Malaysia belum lagi di Mekkah. Dapatku katakan kehadiran sanak suadara, sahabat kedua orang ibubapaku dan kawan-kawan memberi lebih semangat kepada kedua ibubapa.

     Selamat pergi dan balik Zaki


Doaku seorang anak terhadap kedua ibubapaku dan abang tercinta
-Selamat menunaikan rukun islam ke 5
-Semoga perolah haji yang makbur
-Selamat berangkat ke tanah suci
-Selamat pergi dan pulang ke tanah airmu
-Semoga diberi kesihatan fizikal dan mental

Curenttly listening maher zain- "InsyAllah"

No comments:

Post a Comment